10 Masjid Dekat Jepun


by : Safwan

10 Masjid Dekat Jepun


kredit: tokyocamii.org

1. Tokyo Camii Mosque

Tokyo Camii Mosque & Turkish Cultural Centre dibina pada tahun 1938 oleh komuniti Turki di Jepun. Masjid yang sedia ada ini ditambah baik pda tahun 2000. Selepas pembinaan Tokyo Camii Mosque digelar masjid tercantik di Jepun. Tokyo Camii Mosque cuma beberapa minit berjalan kaki dari Stesen Keretapi Yoyogi Uehara, dan tidak terlalu jauh dari Harajuku. Konsep ‘open mosque’ membenarkan ramai orang bukan Muslim, terutama masyarakat tempatan melawat dan mencari ketenangan di sini.



kredit: matcha-jp.com

2. Kobe Mosque / Masjid Kobe

Seakan kembar kepada Tokyo Camii Mosque, tetapi sebenarnya, Masjid Kobe adalah 3 tahun lebih tua, kerana dibina pada tahun 1935. Masjid ini kekal berdiri walaupun dibedil sewaktu perang dan juga paling terkenal selepas gempa bumi besar Kobe. Masjid ini sekitar 15 minit berjalan kaki dari stesen keretapi Sannomiya (berdekatan dengan stesen Kobe). Sekitar masjid ini juga ada dua kedai makanan halal yang tersedia.



kredit: marikekyoto.com

3. Masjid Osaka (Chibune)

Ada beberapa masjid di Osaka, tetapi yang agak ‘visible’ adalah masjid Osaka di Chibune. Masjid Osaka ini hanya beberapa minit dari Stesen Chibune dan juga terdapat dua atau tiga kedai makanan halal di sekitarnya. Masjid ini ada lebih kurang empat tingkat dan sangat bersih.



kredit: jhtc.co.id/sapporo-masjid

4. Masjid Sapporo

Masjid Sapporo, tidak seperti tiga masjid di atas adalah sedikit rundown. Jadi mereka sekarang sedang aktif mengutip sumbangan untuk pembangunan baru masjid ini. Masjid ini berdekatan dengan Hokkaido University, dan tak jauh dari Stesen Sapporo. Lebih tepat, berada di tengah-tengah Stesen Subway Kitajunijo dan Kitajuhachijo



kredit: mrjocko.com

5. Masjid Otaru / Al Noor Mosque

Masjid Otaru adalah antara masjid terkemas dan boleh dikaterigorikan cantik. Dibina pada tahun 2009, masjid ini terletak sekitar 15 – 20 minit minit dari Stesen Otaru dan tak jauh sangat dari Otaru Canal yang terkenal. Jadi kalau anda singgah ke Otaru, panjangkan langkah ke masjid Otaru juga.



kredit: visit-halal.com

6. Masjid Fukuoka / Al Nour Islamic Centre

Masjid Fukuoka adalah masjid utama dibahagian selatan Jepun. Terletak berdekatan dengan Universiti Kyushu, masjid ini berada betul-betul dihadapan laluan keretapi. Jadi tak jauh dari Stesen JR Hakozaki. Sekitar 10 minit perjalanan tren dari Stesen JR Hakata. Masjid Al Nour mempunyai dewan solat terbuka yang amat tenang dan damai. Di sini tak susah nak jumpa dengan komuniti Muslim ataupun orang kita yang menetap di sini.



kredit: wikipedia

7. Fuji Mosque, Shizuoka

Masjid Fuji ini tak terletak dekat dengan Kawaguchi Lake, ataupun Gotemba. Jarang pelancong singgah di sini. Tetapi, Masjid ini sangat tenang dan selesa. Jika anda menaiki keretapi, masjid ini sekitar 8 minit berjalan dari Stesen JR Higashi Tagano Ura. JR Higashi Tagano Ur ani, adalah local JR line antara stesen Shinkansen Mishima dan Shin-Fuji. Kalau tak dapat bayang tu, boleh lah guna search engine. Dulu saya pernah singgah di Masjid ini, sambutannya sangat luar biasa.



kredit: sukasuki.org

8. Masjid Assalam Okachimachi

Kita patah balik ke Tokyo. Masjid As-salam Okachimmachi ni, biasanya saya panggil Masjid Ueno, sebab dekat dengan Ueno dan jalan Ame Yoko yang terkenal dengan barang murah dan kebab halal. Okachi Machi Mosque adalah versi masjid terhimpit di tengah-tengah pembangunan dan menggambarkan betapa susah nak buat masjid dekat Tokyo. (Sebenarnya dekat KL pun susah juga). Okachimachi Mosque memang jadi hot-list pelancong kerana dekat dengan tempat pelancongan yang lain.



kredit: halal-guide.com

9. Masjid Asakusa / Dar Al-Arqam Mosque

Masjid Asakusa ini tak dekat sangat dengan stesen Asakusa. Anda kena jalan dalam 15-20 minit dari Asakusa Station. Kalau dari Sensoji Temple atau Kaminari Mon Gate, adalah dalam 12 minit menapak. Tapi boleh jadi pilihan juga. Masjid ini senang nak dikesan sebab ada kubah biri atas bangunan.



credit: kumamoto-guide.jp

10. Masjid Kumamoto

Masjid Kumamoto tak train-friendly. Agak jauh dari Kumamoto Stesen. Tetapi sangat dekat dengan Universiti Kumamoto. Masjid ini agak sesuai jika anda self-drive dekat Kyushu. Kerana Kumamoto berada di tengah-tengah Kyushu dan mempunyai banyak tarikan pelancongan.